:.SHE'S ALL THAT.:
chapter of my life
Thursday, August 16, 2012
Wednesday, April 4, 2012
KASIH TERCIPTA
WELCOME TO THE CLUB!!!!
Di keheningan pagi 11.11.2011, 15 Zulhijjah 1432, hari Jumaat yang penuh rahmat dan barakah, dimulai dengan bacaan Al-Fatihah, dengan sekali lafaz, alhamdulillah akhirnya kini pasti Bismi Nurdiana bt. Mohd Mahthir telah menjadi hak milik sah Mohd Azman Mohamad.
Alhamdulillah sekali lagi majlis persandingan berjalan dengan lancar dengan bantuan ahli keluarga dan sahabat kedua-dua belah pihak.
Keriangan, kegembiraan, keceriaan serta kelegaan jelas terpancar di wajah mereka yang sudi menghadirkan diri menepung tawar, merenjis air mawar dan memeriahkan majlis persandingan kami.
Special thanks goes to my beloved atuk, mama, my siblings and my relative yang banyak mengorbankan masa dan tenaga di dalam memastikan majlis persandingan ini berjalan dengan baik.
To my beloved BFF, Natasha Hasleen yang sudi menjadi my bridesmaid. Thanks a lot dear. U look gorgeous :-)
Next event, HONEYMOON TIME!!!
p.s: sorry lambat update the entry. baru mempunyai kelapangan masa.
Tuesday, September 20, 2011
GIVEAWAY RADIUSITE
Dia mendengar suara itu berlagu riang ketika doktor mengesahkan berita tersebut. Tangan itu menadah ke hadrat Illahi tanda kesyukuran di atas anugerah pertama yang tidak ternilai itu.
9 bulan 10 hari, dia didodoikan dengan alunan zikrullah dan ayat-ayat suci Al-Quran. Hampir setiap hari juga, diri diusap lembut oleh kedua-dua orang tuanya.
Cukup tempoh dia di ruang yang paling selesa itu, akhirnya dia selamat dilahirkan dan diazankan.
Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan duniawi dan ukhrawi agar di suatu masa nanti dia menjadi insan yang berguna pada kedua ibu bapa, masyarakat dan negara.
Kini, dia sudah dewasa. Dewasa dengan didikan yang sempurna. Dewasa dengan kasih sayang yang melimpah ruah dari insan yang berada di sekelilingnya. Dewasa dengan jati diri yang jitu.
Terima kasih ibu di atas kesabaranmu dengan kenakalan diri ini. Piatan dan cubitanmu itu mengajar diri ini agar sentiasa menjaga perilaku. Diri ini rindu dengan piatan dan cubitanmu..
Terima kasih ibu di atas pengorbananmu bersama2 bersengkang mata semasa diri menghadapi peperiksaan penting. Semangatmu dan tunjuk ajarmu membantu diri ini lebih berjaya kini.
Terima kasih ibu di atas nasihatmu yang tidak henti-henti buat diri ini agar diri menjadi lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling yang berlaku.
Terlalu banyak terima kasih untuk dirimu namun ucapan terima kasih ini tidak cukup untuk membayar segala penat lelah dirimu mengendung diri ini selama 9 bulan 10 hari, pengorbananmu membesarkan diri ini dan kasih sayangmu yang tiada henti buat diri ini.
Akan ku kenang , ku hargai dan ku balas setiap jasa dan pengorbananmu, ibu.
' Selamat Hari Lahir, Auntie (ucapan khas buat mak Ika ) :-)
Tuesday, August 23, 2011
Family Gathering
Four month before Ramadan, my fiance family is organizing their First
Family Day. It is taken place at KEM PLKN Pasir Panjang, Port Dickson. All who are attending the event seems happy and eager to begin thier activities that have been prepared by the organizer.
Urusetia |
Family Members |
Kids Activities |
Adult Activities |
At night, there are BBQ and karaoke session. I also took part in the karaoke session. Gementar pun ado.Walaupun skill nyanyian tidak bagus namun aku tetap rasa happy and enjoy the moment.Yang paling menarik sekali adalah aktiviti 'Musical Chair' yang disertai oleh kaum IBU. It is really fun and hilarious moment. At last, the Musical Chair activity was conquered by the 'old yet energized' generation.
Karaoke Session |
BBQ |
The beginning of the 'MUSICAL CHAIR'
Almost at the end of the 'war'
The Winner : Super Mom Grandma |
Our last day is the day where everyone get more excited about. We swim, we jump, we strike.
Keceriaan, kegembiraan, keseronokan terpancar jelas di wajah masing2. Silaturahim yang sedia terjalin makin erat dijalin.
Waiting for our next family gathering and wonder where it will be?
Tuesday, June 21, 2011
BULAN ITU BULAN CINTA !!!
Its been a long...long...long journey for both of us. We both gone through our old days with such a memorable good and bad times together.
1 Jan 2011
I remembered when u sang the "Tercipta Untukku" in front of me a few back years ago, I felt melt and touched with those lyrics. Now, 'Dirimu Tercipta Untukku'. I have found my other half. Thank you Allah.....
Its gonna be 3 months time from now for us to prepared our self physically and mentally. The future we will go through after this will be more challenging.
Whatever challenge that will be, I'm happy to have u in my life. I do hope our love will remain until heaven.
"Happy 3rd Anniversary Azman & Diana".
Monday, April 11, 2011
Pre-Wed Course
Yeay!!dah dapat sijil.alhamdulillah, sudah boleh kawen (gatal mode, ahaks) :-)
Last month, I have attended the Pre-Wed Course with my beloved fiance and his sister.
Someone asked me why I attend this course too early as my BIG day will be at the end 2011.
"Senang.tak payah2 nak kelam kabut di saat akhir. lagipun, byk lagi persiapan yang tak settle".
The speaker mostly dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). They are very inspired, motivated and a bit funny. Dalam gurau2 kasar yang disampaikan, terselit beberapa nasihat dan panduan berguna yang dapat diambil di dalam melayari alam rumahtangga nnt.
From the course, I have add another value information on PRE-WEDDING, WEDDING, MARRIAGE LIFE and BROKEN MARRIAGE LIFE.
Notakaki:Maaf blog telah bersawang agak begitu lama :D
Tuesday, January 4, 2011
SEVEN vs SEVEN in 2011
Her adrenalin beat faster.
The clock turn even faster.
She's looking at the 'sirih junjung' and a few of her 'hantaran' which was not done yet.
Then, there came the savior to help her to finish the decoration.
After clearing-arranging-finishing her preparation, she is then ready to be self touch up by her beloved sister.
When her fiance-to-be representative arrived, her adrenalin became even faster.
Selesai urusan menyarungkan cincin, terpancar riak kegembiraan dan kelegaan di wajahnya. Flash kamera di sana sini sehingga tidak tahu arah mana yang harus difokuskan.
"Alhamdulillah, berakhir penantian selama 2 1/2 tahun di mana akhirnya dia menjadi tunangan org. Satu fasa yang penuh cabaran dan liku yang perlu diharungi sebelum diijabkabulkan. Fasa yang memerlukan banyak kesabaran, komitmen dan 'trust' di antara satu sama lain. Dia berdoa agar segala urusan jodohnya ini dipermudahkan olehNYA".
2010 meninggalkan banyak kenangan pahit manis suka duka seorang 'gadis lone ranger' yang berjiwa sensitif-emo-happy go lucky. Kenangan dan pengalaman yang memberi 1001 satu iktibar dan pengajaran yang amat berguna bagi menghadapi tahun baru yang mendatang.
2011 membuka lembaran baru dengan status baru beserta azam, tekad dan semangat baru di dalam hidup seorang 'BISMI NURDIANA'. Moga tahun baru ini diwarnai dengan warna-warna kegembiraan dan keceriaan di dalam hidupnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)