Dia mendengar suara itu berlagu riang ketika doktor mengesahkan berita tersebut. Tangan itu menadah ke hadrat Illahi tanda kesyukuran di atas anugerah pertama yang tidak ternilai itu.
9 bulan 10 hari, dia didodoikan dengan alunan zikrullah dan ayat-ayat suci Al-Quran. Hampir setiap hari juga, diri diusap lembut oleh kedua-dua orang tuanya.
Cukup tempoh dia di ruang yang paling selesa itu, akhirnya dia selamat dilahirkan dan diazankan.
Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan duniawi dan ukhrawi agar di suatu masa nanti dia menjadi insan yang berguna pada kedua ibu bapa, masyarakat dan negara.
Kini, dia sudah dewasa. Dewasa dengan didikan yang sempurna. Dewasa dengan kasih sayang yang melimpah ruah dari insan yang berada di sekelilingnya. Dewasa dengan jati diri yang jitu.
Terima kasih ibu di atas kesabaranmu dengan kenakalan diri ini. Piatan dan cubitanmu itu mengajar diri ini agar sentiasa menjaga perilaku. Diri ini rindu dengan piatan dan cubitanmu..
Terima kasih ibu di atas pengorbananmu bersama2 bersengkang mata semasa diri menghadapi peperiksaan penting. Semangatmu dan tunjuk ajarmu membantu diri ini lebih berjaya kini.
Terima kasih ibu di atas nasihatmu yang tidak henti-henti buat diri ini agar diri menjadi lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling yang berlaku.
Terlalu banyak terima kasih untuk dirimu namun ucapan terima kasih ini tidak cukup untuk membayar segala penat lelah dirimu mengendung diri ini selama 9 bulan 10 hari, pengorbananmu membesarkan diri ini dan kasih sayangmu yang tiada henti buat diri ini.
Akan ku kenang , ku hargai dan ku balas setiap jasa dan pengorbananmu, ibu.
' Selamat Hari Lahir, Auntie (ucapan khas buat mak Ika ) :-)